Sunday 29 July 2012

Tonggak Pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

Anda pernah tak dengar mengenai UNESCO? Haaaa... mari kita mengenali dengan lebih terperinci mengenai apa itu UNESCO ni....

UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB. Ia juga dikenali sebagai UN Educational Scientific and Cultural Organization dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu PBB. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1945. Dah lama kan ia ditubuhkan... mari kita tengok tujuan penubuhan UNESCO ni pula. Di bawah ni ada la sikit-sikit mengenai UNESCO ni. Mai la baca.. Tapi kalau anda rasa mata mengantuk bila baca tentang UNESCO ni, nanti di bawah lagi ada thiking map mengenai tajuk ni. Tapi..... kenala baca dulu barulah kita faham kan... jom kita tengok secara ringkasnya mengenai apa tujuan penubuhan UNECO aka UN Educational Scientific and Cultural Organization ni......  jom..jom... ehhh...sebelum tu, mari kita tengok peta kat bawah ni......

Tree map : UNESCO

Seperti yang saya terangkan tadi, peta di atas menunjukkan gambaran keseluruhan mengenai UNESCO ni. Sekarang, mari kita lihat tujuan secara ringkas pula..

Tujuannya adalah :-

1. Menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan.
2. mempromosikan kerjasama antarabangsa  melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

hihi.. kalau nak tau dengan lebih lanjut, kat bawah ni la yang saya cakap tadi iaitu thinking map tu... scroll cepat... jeng...jeng...jengggg..!!
Bubble Map : Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO

                                             

haaaa... kalau anda nak tau, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO ni. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi di seluruh dunia. penting kan UNESCO ni.. sebab, ada 5 program utama iaitu:
  • Pendidikan
  •  Sains Semulajadi 
  • Sains Manusia dan Sosial 
  • Kebudayaan
  •  Komunikasi dan maklumat.
 Sekarang, mari kita lihat projek-projek yang menerima penajaan UNESCO iaitu :
  •  kemahiran menulis dan membaca
  •  teknikal serta program latihan kepada guru-guru
  •  program sains  antarabangsa 
  • promosi kebebasan bersuara
  •  media yang bebas 
  • projek sejarah kebudayaan setempat
 Sejak tahun 1946, UNESCO telah menetapkan 4 pilar pendidikan yang harus diperhatikan secara bersungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan. Jom kita tengok map ni pula.......

Bubble map : 4 Pilar UNESCO

Haaa.. Senang kan kalau kita belajar melalui peta/ map mcm ni...bubble map ni menggambarkan ketetapan yang penting untuk UNESCO ni. Kalau nak tau dengan terperinci, mari kita lihat di bawah ni pula.. 



BELAJAR UNTUK MENGUASAI ILMU
Brace map : Belajar untuk menguasai ilmu


Brace map di atas menunjukkan salah satu pilar yang ditetapkan iaitu belajar untuk menguasai ilmu. Ia merupakan faktor pembelajaran utama. Ini adalah kerana manusia perlu belajar untuk menguasai dunia sekeliling kereka supaya dapat memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.  
                 


 Oleh itu, ilmu Sains dan Matematik dapat meningkatkan ilmu pengetahuan manusia untuk mencipta sesuatu untuk memajukan dunia seperti dapat mencipta pelbagai alat-alat canggih. Contoh alat canggih adalah robot yang dicipta oleh Jepun untuk menjadikan sebagai pembantu rumah di mana ia digunakan untuk mengemas rumah. Ini merupakan contoh yang sesuai dengan ilmu Sains kerana zaman moden sekarang banyak alat-alat komunikasi dan alat-alat lain dicipta untuk memajukan dunia. haaaa.. hebat kan Jepun ni.. Jom kita tengok video ni pula...


BELAJAR UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN
Multi Flow Map: Belajar untuk menguasai kemahiran
 Peta di atas adalah belajar untuk menguasai kemahiran. Mari kita lihat maksud belajar untuk menguasai kemahiran terlebih dahulu. Ia bermaksud pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan.  Contoh kemahiran tersebut adalah :
  • kemahiran interpersonal
  •  kemahiran berkomunikasi 
  • kemahiran berpasukan 
  • kemahiran menyelesaikan masalah
 Apa yang dikatakan belajar untuk menguasai kemahiran adalah contohnya pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, kita tengok kat bawah ni....
 Selepas mendapat keputusan PMR, murid tersebut perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, ia perlulah mempunyai kemahiran untuk memilih institusi yang bersesuaian dengan keputusannya. kat bawah ni pon ada gambar-gambar yang merupakan contoh-contoh "belajar untuk menguasai kemahiran" ... jommmm scroll cepat...!!
 Penggunaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 
Membuat Eksperimen (SAINS)......... 
 Aktiviti kokurikulum ( kelab memasak)


Mari kita lihat Contoh eksperimen yang telah dibuat oleh murid-murid : 


 BELAJAR UNTUK MENJADI INSAN BERGUNA Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) : "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Bubble map: Belajar untuk menjadi insan berguna
Menurut FPK, kurikulum di Malayia membantu perkembangkan potensi murid secara seimbang dari segi JERIS. Setiap individu perlu menerima pendidikan awal sejak kanak-kanak sehinggalah dewasa dalam semua aspek sehingga mereka boleh berfikir secara kritis, berdikari, dan berupaya membuat keputusan.  Di bawah ini merupakan contoh yang mengatakan bahawa mewujudkan pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif dari segi reka cipta.......
BELAJAR UNTUK HIDUP HARMONI DAN BEKERJASAMA
Cause and effect :  Belajar harmoni dan bekerjasama
Pendidikan berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya. Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang. 
Antara kesan mengamalkan kehidupan yang harmoni adalah :
  • memberi kesedaran kepada murid tentang perana, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara.
  • melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
  • menjadikan ikatan dan nilai yang sama menerusi projek seperti sukan.
  • merancang kurikulum yang melibatkan murid di dalam projek kolaboratifsama ada aktiviti sukan atau budaya.
SENARAI RUJUKAN :
1. Guru dan Cabaran Semasa oleh Noriati A. Rashid (Oxford Fajar)
2. Guru dan Cabaran Semasa oleh Syed Ismail Bin Syed Mustapa ( Penerbitan Multimedia Sdn Bhd)
3.Carnoy,M.(1999).Globalization ang educationalreforms: What planners need to know.Paris:UNESCO International Institute of Education Planning.

No comments:

Post a Comment